
Pintasan papan kekunci dalam Peringatan pada Mac
Dalam app Peringatan pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Peringatan di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Peringatan Baharu | Command-N | ||||||||||
Senarai Baharu | Shift-Command-N | ||||||||||
Inden peringatan | Command-] | ||||||||||
Outden peringatan | Command-[ | ||||||||||
Tunjukkan semua subtugas | Command-E | ||||||||||
Sembunyikan semua subtugas | Shift-Command-E | ||||||||||
Benderakan atau nyahbendarakan peringatan | Shift-Command-F | ||||||||||
Cetak senarai peringatan | Command-P | ||||||||||
Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi | Option-Command-S | ||||||||||
Tandakan peringatan sebagai lengkap atau tidak lengkap | Shift-Command-C | ||||||||||
Tunjukkan atau sembunyikan peringatan diselesaikan | Shift-Command-H | ||||||||||
Padam tag | Delete | ||||||||||
Setkan peringatan sebagai dijangka hari ini | Command-T | ||||||||||
Setkan peringatan sebagai dijangka esok | Option-Command-T | ||||||||||
Setkan semua peringatan lewat sebagai dijangka hari ini | Control-Command-T | ||||||||||
Setkan peringatan sebagai dijangka minggu ini Nota: Jika hari ini ialah hari sebelum hujung minggu ini, peringatan disetkan ke hujung minggu seterusnya. | Command-K | ||||||||||
Setkan peringatan sebagai dijangka minggu depan | Option-Command-K | ||||||||||
Masuk atau keluar skrin penuh | Control-Command-F | ||||||||||
Tutup tetingkap Peringatan dan keluar daripada app | Command-W | ||||||||||
Keluar daripada Peringatan | Command-Q |