
Jejak kandungan dikongsi dalam Mesej pada Mac
Dengan macOS 12 atau lebih baharu, apabila seseorang berkongsi kandungan dengan anda dalam Mesej seperti pautan ke berita atau rancangan TV, anda boleh mencari kandungan tersebut dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan. Ini membenarkan anda melihat kandungan pada masa yang mudah untuk anda.
Dikongsi dengan Anda tersedia dalam app berikut: app Apple TV, Buku, Finder, Freeform, News, Nota, Foto, Podcast, Peringatan, Safari, app iWork dan sesetengah app pihak ketiga.
Nota: Kandungan hanya kelihatan dalam Dikongsi dengan Anda jika orang yang menghantarnya dalam kenalan anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan seting Dikongsi dengan Anda
Gunakan seting Mesej untuk memilih sama ada kandungan yang dikongsi dengan anda kelihatan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda daripada semua app tersedia atau hanya app tertentu.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, klik Mesej > Seting, kemudian klik Dikongsi dengan Anda.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Aktifkan semua app: Klik Aktifkan.
Nyahaktifkan semua app: Klik Nyahaktifkan.
Aktifkan untuk app dipilih: Pilih app. (Kandungan yang dihantar kepada anda dengan Mesej kelihatan secara automatik dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan.)
Nyahaktifkan untuk app dipilih: Nyahpilih app.
Aktifkan atau nyahaktifkan Dikongsi dengan Anda melalui perbualan
Anda boleh memilih menjadikan kandungan yang dikongsi dalam perbualan Mesej kelihatan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda daripada app yang sepadan.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Info
di penjuru kanan atas perbualan, kemudian pilih Tunjukkan dalam Dikongsi dengan Anda (atau nyahpilih untuk mengeluarkan kandungan dikongsi daripada bahagian Dikongsi dengan Anda).
Apabila Dikongsi dengan Anda dinyahaktifkan, anda masih boleh pinkan kandungan dikongsi untuk menunjukkannya dalam app yang sepadan.
Kongsi kandungan dengan orang lain
Kandungan yang anda kongsi dengan orang lain dalam Mesej diatur secara automatik dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app yang sepadan pada peranti mereka.
Pilih kandungan yang anda mahu kongsi, klik
atau pilih Kongsi, kemudian pilih Mesej.
Dalam medan Kepada, taipkan nama, alamat e-mel, atau nombor telefon untuk orang yang anda mahu menghantar kandungan. Semasa anda menaip, Mesej mencadangkan alamat yang sepadan daripada app Kenalan
anda atau daripada orang yang anda pernah hantar mesej.
Anda juga boleh klik butang Tambah
di sebelah kanan medan Kepada. Pilih kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel atau nombor telefon.
Untuk menyertakan mesej dengan kandungan, masukkannya dalam medan di bawah pautan. Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Klik Hantar.
Lihat apa-apa yang orang lain telah kongsi dengan anda
Anda boleh melihat apa-apa yang orang lain kongsikan dengan anda dalam perbualan Mesej anda, atau melihatnya kemudian dalam app yang sepadan:
App Apple TV: Dalam app Apple TV
pada Mac anda, klik Laman Utama, kemudian skrol ke bawah ke baris Dikongsi dengan Anda. Lihat Tonton filem dan rancangan yang dikongsi dengan anda.
Buku: Dalam app Buku
pada Mac anda, klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah ke Dikongsi dengan Anda. Lihat Kongsi maklumat buku atau buku audio dalam Buku.
Finder: Dalam Finder
pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi. Lihat Gunakan iCloud untuk berkongsi dan bekerjasama pada fail dan folder.
Freeform: Dalam app Freeform
pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi. Lihat Bekerjasama pada papan Freeform dikongsi.
News: Dalam app News
pada Mac anda, klik Dikongsi dengan Anda dalam bar sisi. Lihat Baca cerita yang dikongsi dengan anda dalam News.
Nota: Dalam app Nota
pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi. Lihat Bekerjasama pada nota dikongsi.
Foto: Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Dikongsi dengan Anda dalam bar sisi. Lihat Lihat foto yang dikongsi dengan anda dalam Foto.
Podcast: Dalam app Podcast
pada Mac anda, klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian pergi ke bahagian Dikongsi dengan Anda. Lihat Dengar podcast yang dikongsi dengan anda.
Peringatan: Dalam app Peringatan
pada Mac anda, klik Dikongsi dalam bar sisi. Lihat Kongsi senarai peringatan.
Safari: Dalam app Safari
pada Mac anda, klik Dikongsi dengan Anda dalam bar sisi. Lihat Lihat pautan daripada rakan dalam Safari.
Teruskan perbualan
Kandungan yang dikongsi dengan anda disertakan butang dalam app yang sepadan dengan nama orang yang menghantarnya. Anda boleh mengklik butang untuk meneruskan perbualan tentangnya kemudian, di tempat yang anda tinggalkan.

Lihat kandungan yang dikongsi dengan anda.
Sebagai contoh, klik Dikongsi dengan Anda dalam bar sisi News, kemudian cari artikel yang dikongsi dengan anda.
Klik butang Daripada di sebelah kanan kandungan.
Karang balasan sebaris, kemudian tekan Return pada papan kekunci anda.
Petua: Anda boleh menyembunyikan kandungan yang kelihatan dalam bahagian Dikongsi dengan Anda dalam app. Control-klik kandungan (atau butang Daripada), kemudian pilih Keluarkan atau Keluarkan Kongsi.
Pin kandungan dikongsi
Jika anda menerima kandungan yang agak menarik dan anda telah mengaktifkan Dikongsi dengan Anda, anda boleh pinnya dalam Mesej dengan cepat dan ia akan diserlahkan dalam Dikongsi dengan Anda, carian Mesej dan paparan Info perbualan.
Dalam app Mesej
pada Mac anda, pilih perbualan.
Control-klik kandungan dikongsi, kemudian pilih Pin.
Anda boleh pinkan kandungan yang anda kongsi dengan seseorang atau yang seseorang kongsi dengan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bab Mesej dalam panduan pengguna iPhone, iPad, atau iPod touch.
Petua: Anda juga boleh mencari kandungan yang Dikongsi dengan Anda apabila anda mencari dengan Spotlight—ia dalam bahagian Pautan Dikongsi. Lihat Cari dengan Spotlight.