
Apa yang baru dalam Mail?
App Mail dalam macOS High Sierra menawarkan ciri baru untuk menghantar, menerima dan melihat e-mel.
Apabila anda menggunakan Mail dalam skrin penuh, mesej dibuka dalam Split View, sebelah menyebelah dengan senarai mesej. Anda boleh membaca dan menulis mesej dengan mudah tanpa perlu menukar tetingkap. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan skrin penuh Mail.
Apabila anda mencari mesej dalam Mail, Hasil Teratas menunjukkan mesej paling berkaitan di bahagian atas hasil carian. Hasil Teratas menggambarkan mesej yang terbaru anda baca dan balas, pengirim dan kenalan VIP anda, serta faktor lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cari mesej.
Apabila anda menulis mesej, anda boleh memilih warna latar belakang untuk teks daripada bar alat Format. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Format teks dalam mesej.