
Bermula dengan Apple Intelligence pada Mac
Apple Intelligence* ialah sistem kecerdasan peribadi yang terbina dalam macOS Sequoia. Ia menggabungkan kuasa model generatif dengan pemahaman tentang konteks peribadi anda untuk memberikan kepintaran yang berguna dan berkaitan sambil melindungi privasi anda.
Nota: Apple Intelligence tersedia dalam macOS 15.1 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu. Apple Intelligence tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti, bahasa dan rantau anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Aktifkan Apple Intelligence
Jika Apple Intelligence dinyahaktifkan, anda boleh mengaktifkannya. Pilih menu Apple , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik butang di sebelah Apple Intelligence.
Klik Aktifkan Apple Intelligence.
Pilihan yang anda lihat adalah berdasarkan versi macOS yang anda miliki dan jika anda telah menyediakan Apple Intelligence sebelum ini.

Cari perkataan yang sesuai
Tukarkan cara anda berkomunikasi menggunakan Alat Menulis yang boleh meringkaskan teks, membaca pruf kerja anda dan membantu anda mencari perkataan dan nada yang betul.

Cipta imej dan emoji unik
Hasilkan imej asal yang menyeronokkan dalam beberapa saat dengan app Image Playground, atau cipta emoji tersuai—dipanggil Genmoji—daripada perihalan.

Manfaatkan sepenuhnya Siri
Taipkan permintaan kepada Siri, dapatkan jawapan untuk soalan tentang produk Apple anda, manfaatkan kepakaran ChatGPT dan banyak lagi.

Manfaatkan ChatGPT
Aktifkan sambungan ChatGPT, yang menyepadukan Siri dan Alat Menulis, untuk mendapatkan akses kepada lebih banyak kepakaran—termasuk kebolehan untuk mengarang teks daripada mula.

Kurangkan hingar dan fokus
Apple Intelligence boleh meringkaskan pemberitahuan dan mengurangkan gangguan, menunjukkan anda maklumat yang paling penting kepada anda.
Gunakan Apple Intelligence dengan app
![]() Lihat e-mel paling penting anda, tulis respons e-mel pantas dengan Balasan Pintar dan ringkaskan e-mel panjang. | ![]() Mesej Lihat ringkasan perbualan Mesej yang belum dibaca dan tulis respons pantas dengan Balasan Pintar. |
![]() Nota Selepas anda merakam audio, gunakan Apple Intelligence untuk menjana ringkasan transkrip. | ![]() Foto Cari foto dengan carian ditingkatkan, cipta filem memori, serta keluarkan objek yang mengganggu perhatian dengan Bersihkan. |
![]() Safari Gunakan Apple Intelligence untuk menjana ringkasan halaman web dalam app Safari. | ![]() Dan banyak lagi… Semak tapak web Apple Intelligence untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri, peranti disokong dan bahasa. |
Nyahaktifkan Apple Intelligence
Pilih menu Apple , kemudian klik butang di sebelah Apple Intelligence.