
Daftar masuk atau keluar daripada FaceTime pada Mac
Untuk membuat dan menerima panggilan FaceTime dan panggilan telefon pada Mac, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime dengan Apple ID anda. Lihat Keperluan panggilan audio dan video FaceTime.
Untuk berhenti membuat dan menerima panggilan menerusi FaceTime, daftar keluar daripada FaceTime atau nyahaktifkannya.
Daftar masuk ke FaceTime
Anda boleh menggunakan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan apabila anda mendaftar masuk ke FaceTime. Anda perlu mendaftar masuk pada kali pertama anda membuka app, atau jika anda telah mendaftar keluar.
Dalam app FaceTime
pada Mac anda, masukkan Apple ID anda, kemudian klik Seterusnya.
Masukkan kata laluan anda, kemudian klik Seterusnya untuk mendaftar masuk.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda atau jika anda perlu mencipta Apple ID, pergi ke tapak web akaun Apple ID.
Selepas mendaftar masuk, anda boleh memilih nada dering, mengaktifkan ciri seperti Live Photos dan menyesuaikan seting lain. Lihat Tukar seting.
Berhenti menerima panggilan dalam FaceTime
Jika anda tidak lagi mahu menerima panggilan dalam FaceTime pada Mac, anda boleh mendaftar keluar. Anda tidak boleh membuat panggilan, menerima panggilan, menukar seting FaceTime, atau melihat panggilan sebelumnya sehingga anda mendaftar masuk ke FaceTime lagi.
Menyahaktifkan FaceTime pada setiap peranti Apple anda juga menyahaktifkan panggilan dan menyembunyikan sejarah panggilan anda, tetapi membiarkan anda mendaftar masuk supaya anda boleh mengakses seting dan mengaktifkan FaceTime lagi dengan klik tunggal. Jika seseorang memanggil, anda tidak akan menerima pemberitahuan untuk panggilan; bagi pemanggil, ia kelihatan seperti anda tidak tersedia.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Daftar keluar daripada FaceTime: Pilih FaceTime > Seting, klik Umum, kemudian klik Daftar Keluar.
Nyahaktifkan FaceTime: Pilih FaceTime > Nyahaktifkan FaceTime. Untuk mengaktifkan FaceTime lagi, klik Aktifkan.
Petua: Untuk menggelakkan pemberitahuan daripada mengganggu, anda boleh menukar atau menyahaktifkan pemberitahuan. Anda juga boleh menyekat pemanggil individu jika anda tidak mahu menerima panggilan daripada mereka.